×

FORGOT YOUR DETAILS?

Idea pembinaan Stadium Hang Jebat bermula apabila YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka mewartakan 12-subsektor pelancongan dimana Pelancongan Sukan merupakan salah satu sektor yang diwartakan. Memandangkan Pelancongan Sukan boleh memberi pulangan yang besar kepada negeri Melaka maka satu stadium yang bertaraf antarabangsa didirikan untuk menampung keperluan sektor ini. Maka lahirlah Stadium Hang Jebat yang siap dibina pada September 2004 dan memulakan operasinya sebaik sahaja siap sepenuhnya. Stadium Hang Jebat merupakan venue utama dalam Kompleks Sukan Hang Jebat dan juga adalah yang tercanggih antara venue-venue sukan yang terdapat di negeri ini. Dengan jarak 10km dari susur keluar Tol Ayer Keroh dan 13km dari pusat bandar, lokasi Stadium Hang Jebat agak strategik kerana laluan ke stadium ini yang tidak sibuk memudahkan pengujung untuk datang ke stadium ini dengan mudah. Dengan keluasan enam ekar, Stadium Hang Jebat boleh menampung 40,000 orang pada satu-satu masa.

Spesifikasi yang jitu bertaraf antarabangsa, kemudahan trek yang mendapat pengiktirafan dunia dan penggunaan teknologi moden adalah sesuai untuk penganjuran acara-acara olahraga dan bola sepak yang terkemuka. Stadium Hang Jebat menawarkan pelbagai prasarana sukan dan juga kemudahan lain termasuk ruang pameran dalaman dan luaran, bilik mesyuarat, bilik seminar, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain termasuk taman permainan kanak-kanak yang selesa. Kemudahan sukan rekreasi juga disediakan di sini seperti trek Lumba Motosikal Mini, trek Lumba ‘Sprint Test’, trek ‘Drift’ pan pelbagai lagi.

PAUTAN KERAJAAN
TOP