×

FORGOT YOUR DETAILS?

Antara jenis acara yang pernah diadakan di PS(t)M adalah acara sukan, hari keluarga, konsert, pameran, karnival jualan, ekspo jualan, acara berkuda, kursus & seminar latihan, pertandingan memancing, aktiviti dan pertandingan permotoran seperti drift, sprint test, pocket bike serta banyak lagi.

Anda boleh menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan PS(t)M dengan mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di pejabat pentadbiran PS(t)M ,melalui laman web PS(t)M, atau melalui pengiklanan di media cetak.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah padang bola sepak, trek (olahraga), padang bolasepak, pusat akuatik, gelanggang skuasy, trek untuk olahraga, gelanggang boling padang, serta kawasan ekuestrian/aktiviti sukan berkuda. Selain itu terdapat juga kemudahan par course di sekeliling Stadium Hang Jebat untuk kegunaan umum. Terdapat juga kemudahan perahu layar di Pengkalan Balak dan gelanggang pentanque di Tanjong Kling. Kemudahan lain seperti kawasan bagi aktiviti permotoran seperti drift, sprint test, pocket bike dan sebagainya lagi disamping kawasan bagi aktiviti karnival, pameran, seminar dan sebagainya.

Tempahan Venue boleh dilakukan dengan mengisi borang tempahan venue dengan hadir ke pejabat pentadbiran Perbadanan Stadium Melaka di Stadium Hang Jebat atau muat turun borang tempahan di laman web PS(t)M atau menerusi telefon di talian 06-3364517.

Kadar sewa yang dikenakan berbeza mengikut jenis acara yang akan diadakan. Untuk maklumat yang lebih lanjut berhubung dengan kadar sewa penggunaan venue dan peralatan hendaklah berhubung terus dengan Jabatan Pengurusan Acara dan Pembangunan di talian 06-3364517.

PAUTAN KERAJAAN
TOP