×

FORGOT YOUR DETAILS?

Didirikan di pantai Pengkalan Balak, ia terletak lebih kurang 30km dari Kompleks Sukan Hang Jebat. Mula dibina pada November 2009, kompleks ini siap sepenuhnya pada April 2010. Diletakkan dibawah pengurusan Perbadanan Stadium Melaka, kompleks ini dijangka mampu untuk menganjurkan pertandingan bertaraf tinggi.

Penyediaan kemudahan yang canggih dan bertaraf tinggi membolehkan kompleks ini menganjurkan kejohanan-kejohanan yang besar. Antara kemudahan yang disediakan disini ialah lounge, kaunter tiket, bilik VIP, pejabat pengurusan, ruang tamu, surau, bilik persediaan, bilik dobi, ruang penyimpanan perahu layer, bilik media, bilik petugas, kawasan bilasan pelayar, bilik mesyuarat dan juga hostel (20 bilik berkembar dan 10 bilik seorang). Kemudahan perahu layar juga disediakan bagi kemudahan pengguna.

PAUTAN KERAJAAN
TOP