×

FORGOT YOUR DETAILS?

Pusat Ekuestrian Hang Jebat terletak di dalam Kompleks Sukan Hang Jebat. Mula dibina sebaik sahaja upacara pecah tanah pada Julai 2008, ia siap pada Mac 2010. Berkapasiti 250 penonton pada satu-satu masa, pusat ini mampu membantu sukan berkuda di negeri ini untuk terus maju.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat ini meliputi kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, kandang kuda (tetap dan sementara), ruang pengadil, bilik pengadil, kaunter tiket, tempat pembersihan kuda, stor-stor utiliti, bilik VIP, surau, bilik persalinan, bilik media, bilik rawatan, bilik mesyuarat, pejabat pengurusan dan bilik sekretariat. Untuk kemudahan pertandingan, satu Riding Arena, kawasan pemanas badan dan juga pentas VIP disediakan.

PAUTAN KERAJAAN
TOP