×

FORGOT YOUR DETAILS?

Pusat Akuatik Hang Jebat terletak dalam Kompleks Sukan Hang Jebat. Berkapasiti 2000 orang dalam satu masa, ianya mula dibina selepas upacara pecah tanah oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada Julai 2008. Bernilai lebih kurang RM34juta, ia siap pada Mac 2010 dan telah mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan Federation Internationale de Natation (FINA).

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Akuatik Hang Jebat seperti dua buah kolam renang (renang dan terjun), bilik persalinan, bilik rawatan, bilik hakim, bilik marshall, bilik media, bilik kawalan pertandingan, bilik sekretariat, bilik mesyuarat, surau, bilik VIP, pentas VIP, bilik ujian dadah, bilik pengurus pertandingan, kafeteria dan tempat meletak kenderaan yang selesa.

PAUTAN KERAJAAN
TOP