×

FORGOT YOUR DETAILS?

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang Ke Laman web Perbadanan Stadium Melaka

Perbadanan Stadium Melaka adalah merupakan badan pengurusan sukan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi menyelaras, mengurus dan menyediakan tempat bagi acara-acara sukan di Melaka. Penubuhan perbadanan ini juga menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan Negeri Melaka dibawah kepimpinan terdahulu dalam membawa taraf sukan di negeri Melaka ke peringkat tertinggi ke arah menjadikan Melaka terus kehadapan sebagai kesinambungan kegemilangan yang telah dipacu oleh Ketua Menteri ke-9 YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam.

Secara asasnya Perbadanan Stadium Melaka menawarkan pelbagai kemudahan prasarana sukan yang bertaraf antarabangsa dan juga pelbagai kemudahan lain termasuk ruangan pameran dalaman dan luaran, bilik mesyuarat, bilik seminar, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain termasuk taman permainan kanak-kanak yang selesa. Kini Perbadanan Stadium Melaka dikembangkan lagi taraf dan fungsinya dengan terbinanya kompleks-kompleks sukan yang baru dibawah pentadbirannya.

Dengan terhasilnya laman web ini, diharap agar semua pengguna dapat mengakses maklumat tentang perbadanan ini dengan lebih mudah. Dihahap juga agar ia dapat membantu Perbadanan Stadium Melaka mengorak langkah dalam memajukan industri sukan di negeri ini.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pembangunan laman web ini. Sekian, terima kasih.

Ybhg Datuk Mohd Yusof bin Hj Mahadi
Pengerusi Lembaga Pengarah
Perbadanan Stadium Melaka

PAUTAN KERAJAAN
TOP