×

FORGOT YOUR DETAILS?

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera,
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,
Salam Melaka Maju Fasa II.

Perbadanan Stadium Melaka merupakan badan berkanun Negeri Melaka yang berperanan mentadbir, menyelia dan menyelaras kemudahan tempat sukan yang terlibat. Perbadanan Stadium Melaka terus mengorak langkah dengan penambahbaikan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa dengan menyediakan laman sesawang yang lebih terampil dan bermaklumat.

Sukacita diucapkan Selamat Datang dan Selamat Melayari Portal Rasmi Perbadanan Stadium Melaka. Adalah menjadi hasrat dan harapan saya serta warga kerja Perbadanan Stadium Melaka untuk memenuhi keperluan para pelanggan dan kami sedaya upaya menyediakan maklumat yang tepat dan terkini khususnya berkaitan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Perbadanan Stadium Melaka.

Selain itu, kami berharap agar Portal Rasmi Perbadanan Stadium Melaka ini akan menjadi platform terbaik kepada para pelanggan dan pelawat berkongsi pandangan serta idea bagi mempertingkatkan keupayaan kami dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti demi kebaikan semua.

Sekian, terima kasih.
Salam mesra,

Mohd Noorazam Bin Abd Razak
Pengarah Eksekutif
Perbadanan Stadium Melaka

PAUTAN KERAJAAN
TOP