×

FORGOT YOUR DETAILS?

Perbadanan Stadium Melaka adalah satu badan kerajaan yang menguruskan gelanggang dan pusat sukan dibawah Kompleks Sukan Hang Jebat. Ditubuhkan dibawah Enakmen Perbadanan Stadium Melaka 2004, Perbadanan memulakan operasi pertamanya pada 16hb September 2004. Pada mulanya, ia hanya menguruskan Stadium Hang Jebat, diikuti dengan Stadium Hang Tuah (dahulunya dikenali sebagai Stadium Kubu) dan seterusnya bermulalah era baru pengurusan pihak Perbadanan pada tahun 2010 dimana Perbadanan menerima tujuh pusat sukan baru apabila berlangungnya temasya Sukan Malaysia ke-13 Melaka 2010 yang kini dikenali sebagai Kompleks Sukan Hang Jebat (KSHJ)

Kompleks Sukan Hang Jebat (KSHJ) merangkumi 6 venue sukan utama yang terdiri daripada :
- Stadium Hang Jebat
- Pusat Akuatik Hang Jebat
- Pusat Squash Hang Jebat
- Pusat Lawn Bowl (Boling Padang) Hang Jebat
- Pusat Ekuestrian Hang Jebat
- Kompleks 10 Padang Bolasepak Hang Jebat

Turut sama melengkapi KSHJ ini termasuk 3 venue sukan yang berada di luar kawasan KSHJ seperti :
- Pusat Perahu Layar Hang Jebat (Pengkalan Balak, Melaka)
- Arena Petanque Hang Jebat (Kg. Gelam, Melaka)
- Stadium Hang Tuah (Jalan Hang Tuah, Melaka)

KSHJ turut dilengkapi dengan sebuah hotel (Permaisuri Hotel Hang Jebat) bersebelahan Stadium Hang Jebat, Pusat Satelit Institut Sukan Negara ke-7 di Malaysia bagi tujuan pembangunan sains sukan, sebuah gelanggang tinju dan juga sebuah kompleks komuniti dibawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Melaka.

Keseluruhan kawasan KSHJ mampu menampung sehingga 6,000 kenderaan pada satu-satu masa dengan kemudahan kawasan meletak kereta yang luas dan selesa.

KSHJ bukan sahaja menawarkan venue bagi acara sukan, malah turut sesuai bagi pelbagai aktiviti lain seperti karnival, aktiviti sukan permotoran (drift, sprint, go kart, pocket bike/mini bike, drag, rally), konsert, kawasan perhimpunan pelbagai aktiviti termasuk perayaan agama, hari keluarga, Treasure Hunt, aktiviti riadah serta rekreasi serta banyak lagi.

Kini apa jua yang anda rancangkan, Kompleks Sukan Hang Jebat bersedia menanti anda.

ANDA NYATAKAN, KAMI REALISASIKAN. DISINI SEGALANYA MUNGKIN

PAUTAN KERAJAAN
TOP