×

FORGOT YOUR DETAILS?

PIHAK KERAJAAN MEWAJIBKAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH SECARA BERPERINGKAT MULAI 1 SEPTEMBER 2015.

PELAKSANAAN INI ADALAH BERDASARKAN PERATURAN DI BAWAH AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672) YANG BERKUATKUASA DI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA, PAHANG, JOHOR, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PERLIS DAN KEDAH.

 

AKTA 672

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawalselia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

PENDEKATAN

Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.

SISTEM KUTIPAN 2 + 1

Sistem kutipan 2 + 1 akan digerakkan bermula 1 SEPTEMBER 2015 di mana kutipan sampah bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu.

JENIS SISA

Pengasingan sisa pepejal di punca adalah mengikut jenis komposisi pepejal seperti berikut. Lihat contoh-contoh yang disediakan:

SISA BAKI YANG DIMASUKKAN KE DALAM TONG

Sisa Dapur  •  Sisa Makanan  •  Bahan-bahan Kotor  •  Lampin Pakai BuangSisa baki mestilah dibungkus dengan rapi ke dalam plastik/bekas yang sesuai dan dimasukkan ke dalam tong

JENIS SISA KITAR SEMULA YANG PERLU DIASINGKAN MENGIKUT KUMPULAN

Kertas  •  Plastik  •  Lain-lain  •  Sisa Pukal  •  Sisa Kebun

Sisa kitar semula yang diasingkan mestilah dibungkus rapi ke dalam plastik/bekas yang sesuai dan diletakkan di tepi tong pada hari kutipan.

Sisa pukal diletakkan dengan kemas di bahu jalan di hadapan rumah pada hari kutipan.

Sisa kebun/taman diikat atau dimasukkan ke dalam plastik sampah/bekas yang sesuai dan diletakkan di bahu jalan di hadapan rumah pada hari kutipan.

Matlamat

Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

- Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau.

- Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan.

- Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau.

- Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

- Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;

- Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;

- Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;

- Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;

- Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan

- Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)

- Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;

- Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;

- Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;

- Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;

- Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan

- Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

 

PAUTAN KERAJAAN
TOP