×

FORGOT YOUR DETAILS?

Arena Petanque Hang Jebat juga merupakan salah satu pusat sukan yang berada diluar Kompleks Sukan Hang Jebat selain Stadium Hang Tuah dan Kompleks Perahu Layar Hang Jebat. Mula dibina pada November 2009, ia siap sepenuhnya pada Mac 2010. Mampu menampung 250 penonton pada satu-satu masa, Arena Petanque Hang Jebat merupakan antara pusat sukan petanque yang tercanggih pernah dibina disamping keunikannya yang mempunyai gelanggang berbumbung.

Kemudahan yang disediakan di Arena Petanque Hang Jebat meliputi lima gelanggang (setiap gelanggang menempatkan 6 lorong petanque), ruang pejabat pengurusan, sistem pembesar suara, pentas utama, ruang pengadil dan urusetia dan juga tempat meletak kenderaan terbuka.

PAUTAN KERAJAAN
TOP